Monday, 30 July 2012

Atkiens Diet

i nak share cara i diet tanpa perlu berlapar bagai... ni utk yg nk trun berat bdn lah. n sesuai utk i.. ni i copypaste tau.

Atkiens diet ialah sejenis corak pemakan yang diperkenalkan oleh Dr Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untyk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan meghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. ini bererti berat badan anda akan menyusut.

Dr. Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanann semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang yang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1 - 2 thn kerana kebanyakkan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa lapar dan tak mampu untuk mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr. Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh disiplin dan dedikasi jika anda ingin mancapai tubuh lansing impian anda.

4 peringkat utama ialah:

1. Induction (permulaaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 thn, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah utk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap induction.

Semasa 2 minggu induction:
- elakkan makan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spageti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

-elakkan roti, roti berserat, roti bun, rotiboy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries, dan apa2 yang sebangsa dengannya;

-Elakkan gula, gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa2 yg bergula tinggi;

-Elakkan buah-buahan (lepas 2 minggu baru mkn berpada2)

-Elakkn minuman bergula, jus buah2an, air bergas, kurangkan pengambilan kopi.

-Elakkn snek spt twities n sebangsa dgnnya;

-Elakkn sebarang bentuk kacang utk 2 minggu. tkira lah gajus atau apa2 pun.

-Elakkan mknn berproses seperti kentang goreng n etc;

-Elakkan mknn bertepung spt kek, biskut, kueh mueh  dan lain2.


Boleh makan:
- ayam (panggang, steam, bakar, sup, satay, digoren tanpa tepung)
- semua ikan (sama mcm ayam blh grill etc)
- semua daging asalkan halal. penting tu hehehe
- udang n seaffod lah
- sayur terutamanya sayur hijau.

i buat induction selama sebulan. after 2 weeks, i dah amek kacang mcm gajus n green peas. 2 bnd ni mmg i mkn jer all the time taknk kasi lapar atau terlior nk mkn bnd lain as kunyah2 kn...pastu buah lak, mmg i amek selepas sebulan means utk 2nd phase tu. pastu kena minum byk air pth agar tak sembelit n etc. atkins ni mmg kena minum byk air pth. pastu i hanya amek kopi segelas setiap hari with equal (ganti gula -1 @ 2 peket everyday). yelah kita pun nk minum manis gak kn so equal better. bekpes lak i amek scrambel egg atau telor rebus, nuget pun blh. lunch mkn lbh sket sayur biar byk. ayamas percik yang half tu better. kenyang. Atkins jugak kena tahu yg tklh skip bekpes, lunch n dinner. kena mkn byk pun takpe. tak jd mslh.

2nd, 3rd n 4th phase i buat 2minggu each. berat 1 48kg. nth mcm mane blh naik smpai 53kg. part muka nmpk sgt. tembam, sembap n mcm2. so bila i buat atkins ni, dah dpt blk berat asal 48kg. now rehat jap for puasa. sb trget i nak 45kg mcm zaman kolej dl huhuhu...

jgn pksa diri. buat dgn rasa yg tenang n selesa. permulaan mmg kita akan rasa mcm ssh sgt especially for bekpes.. asiklah telor mata, telor rebus gitu... tp lm2 akan ok. fikir mcm ni, kita hnya perlu tolak nc, mee semua tu, just amek lauk pauk sayur mayur. tak ssh kn? n bla dh 2nd phase kita dh blh amek buah. ok kn pastu jus buah no sugar pun ok... yang penting kena suka n nak buat. insyaallah blh...

tu jer lah i nak share cara diet i. berkesan so far for me n tak bahaya pun sb kita still mkn kn.. cuma minggu pertama ada sikit2 pening tp normal.

siapa nak cuba blh lah. hehehe....

*peringatan: tak sesuai utk ibu mengandung dan ladies yang menyusu badan.

No comments:

Post a Comment